Ahad, 22 April 2018

Jom Guna Lampu Signal Kenderaan

Jalan raya dibina dengan sistem undang-undang. Begitu juga dengan kenderaan, ia hadir dengan pelbagai jenis sistem. Jika kita tidak menggunakannya dengan cara yang betul, kesesakan lalu lintas dan kemalangan jalan raya boleh berlaku.

Lampu signal kenderaan yang disebut juga sebagai isyarat pandu arah ialah lampu pada kenderaan untuk memberi petunjuk arah ke kiri atau ke kanan. Signal pula merujuk kepada tanda untuk menyatakan sesuatu (isyarat).

Gunakan lampu signal pada kenderaan untuk menunjukkan ke mana arah kita supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu yang lain. Beri isyarat lebih awal terutamanya ketika berlaku kesesakan lalu lintas. Sekiranya hendak memasuki simpang, beri signal sebelum membelok. Jangan terlalu hampir dengan simpang baru hendak memberikan signal. Yang paling bahaya, terdapat pemandu kenderaan yang tidak menggunakan lampu tersebut ketika ingin memasuki simpang atau bertukar lorong di jalan raya. 

Kegunaan lampu signal adalah untuk menunjukkan kepada kenderaan yang berada di depan, belakang dan sisi kita supaya pemandunya bersedia dengan sebarang kemungkinan ketika membelok.

Tidak susah untuk menggunakan lampu signal kalau kita sentiasa menggunakannya pada tempat yang betul ketika memandu kenderaan. Pastikan kita tahu di mana letaknya suiz lampu untuk isyarat pandu arah tersebut.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.