Selasa, 6 Mac 2018

SKTP Tuan Rumah MTQ Zon Cheras 2018

Cheras, 06/03/2018 - Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) iaitu sekolah di tempat saya mengajar telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Tadarus al-Qur'an (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Zon Cheras pada hari ini.

Saya bertugas di dewan untuk acara Tilawah al-Qur'an (Lelaki) dan memimpin bacaan doa' untuk majlis penutupan. Juga bertugas di dewan untuk bahagian fotografi.

SKTP telah dua kali menjadi tuan rumah MTQ peringkat zon setakat ini. Zon Cheras terletak di dalam Daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Sekolah-sekolah rendah yang terlibat ialah 12 buah Sekolah Kebangsaan (SK) dan 4 buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)/ SJK (C). Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Taman Puteri, SK Taman Cuepacs, SK Batu Sembilan, SK Bukit Raya, SK Dusun Nanding, SK Sungai Serai, SK Sungai Tekali, SK Tun Abdul Aziz Majid, SK Dusun Tua, SK Sungai Lui, SK Lubok Kelubi, SK Kuala Pomson, SJK (C) Connaught 2, SJK (C) Batu Sembilan, SJK (C) Batu 14 dan SJK (C) Choon Hwa.

Pertandingan-pertandingan untuk kategori sekolah rendah ialah Tilawah al-Qur'an (Lelaki), Tilawah al-Qur'an (Perempuan), Hafazan al-Qur'an (Lelaki), Hafazan al-Qur'an (Perempuan), Bercerita Kisah al-Qur'an (Lelaki), Bercerita Kisah al-Qur'an (Perempuan), Nasyid dan Kompang Selawat.

Tempat-tempat pertandingan yang telah disediakan ialah di dewan untuk Tilawah al-Qur'an (Lelaki), kelas Tahun 6 untuk Tilawah al-Qur'an (Perempuan), Kamar Permata untuk Hafazan al-Qur'an (Lelaki), bilik pingpong untuk Hafazan al-Qur'an (Perempuan), pusat sumber untuk Bercerita Kisah al-Qur'an (Lelaki), makmal sains untuk Bercerita Kisah al-Qur'an (Perempuan), kantin untuk Nasyid dan ruang di hadapan sekolah untuk Kompang Selawat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.