Jumaat, 10 November 2017

Restoran Mek Tomyam, Alam Jaya

Cheras, 10/11/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Mek Tomyam yang terletak di No 3, Medan Selera Alam Jaya, Jalan Alam Jaya, Taman Alam Jaya, Batu 9, 43200 Cheras, Selangor. Saya pernah pergi ke sini. Cuma malam ini merupakan kali pertama saya membawa keluarga makan di restoran ini. Tomyam ialah sup masam pedas daripada aneka campuran daging, udang, sayuran dan lain-lain yang berasal dari Siam.

Kami makan malam dengan memesan menu Tomyam Campur (1), Sup Campur (1), Nasi Putih (1), Nasi Goreng Pattaya (1) dan Nasi Goreng Paprik (1) dengan tambahan 2 pinggan kosong. Minuman yang kami minum ialah Teh Tarik kurang manis (1), Teh O Ais (2), Milo Ais (1) dan Air Kosong Ais (1). RM29.00 sahaja.

Pada asalnya kami bertolak dari Kajang hendak pergi ke persembahan nasyid di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Oleh kerana saya mendapat berita daripada aplikasi WhatsApp serta media sosial Facebook mengatakan UIA dilanda banjir dan berlaku pula kesesakan jalan raya di sebelah Plaza Tol Batu 9 di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), saya pun memandu Proton Exora keluar dari E7 pergi ke Masjid al-Amin, Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia, Batu 9, Cheras. Azan dilaungkan dan kami solat Maghrib secara berjemaah. Dari Masjid al-Amin, kami singgah makan malam di Restoran Mek Tomyam. Restoran ini ialah kepunyaan Encik Muliadi bin Osman. Dia merupakan seorang bapa kepada dua orang bekas anak murid saya di sekolah berhampiran. Selepas makan dan minum, kami pulang ke Kajang. Jarak perjalanan pulang dari restoran ke rumah kami ialah kira-kira 14 kilometer sahaja melalui Jalan Alam Jaya, Jalan Sunway 1, Jalan Kijang 7, Jalan Taman Suntex, Lebuhraya Cheras-Kajang, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.