Jumaat, 27 Oktober 2017

Dari SKTP ke MotoGP SHELL Malaysia 2017

Cheras, 27/10/2017 - Saya bertolak dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) Hulu Langat ketika hujan turun dengan lebatnya. Saya memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan, masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian serta jalan pintasan Kajang-Semenyih. Kemudian, saya memandu di Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) melalui Plaza Tol Kajang Selatan dan keluar melalui Plaza Tol Pajam (RM3.40). E21 juga dikenali sebagai LEKAS (Lebuhraya Kajang-Seremban).

Nilai, 27/10/2017 - Saya keluar dari E21 melalui Plaza Tol Pajam dan memandu pula di Jalan Pajam-Nilai-Salak. Singgah solat Jumaat di Masjid Pekan Nilai. Selesai solat, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Said menegur saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Syamil Ikmal. Sekolahnya terletak di sebelah masjid. Dia merupakan bekas anak murid saya di SKTP ketika bersekolah rendah. Saya meneruskan pemanduan dan membelok ke Jalan Besar Salak serta melalui Pekan Salak.

Sepang, 27/10/2017 - Saya melalui Pekan Salak, Jalan Kauters KLIA, Jalan Pekeliling dan sampai ke pintu utama Litar Antarabangsa Sepang. Hujan renyai-renyai. Saya meletakkan kereta di Bay 3 (percuma) pada jam 2:22 petang. Masuk ke kawasan litar melalui pintu utama (Welcome Centre) dan terus pergi ke Main Grandstand (percuma). Saya sempat naik ke menara untuk meninjau pelumba-pelumba MotoGP yang sedang beraksi di selekoh berhampiran Main Grandstand. Hari ini (Jumaat) boleh masuk secara percuma untuk menonton latihan bebas. Esok dan lusa mesti ada tiket masuk bagi sesiapa yang hendak menonton perlumbaan kelayakan (Sabtu) serta hari perlumbaan (Ahad). Saya masih berada di surau Main Grandstand selepas solat Asar tadi. Jom saksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia (MotoGP SHELL Malaysia 2017) yang diadakan pada 27, 28 dan 29 Oktober 2017. Hafizh Syahrin Abdullah, bekas anak murid saya di SKTP merupakan pelumba Moto2 negara turut serta dalam perlumbaan kali ini. Dia mewakili pasukan PETRONAS Raceline Malaysia menunggang motosikal bernombor 55. Baiklah, saya hendak pusing-pusing lagi di Litar Antarabangsa Sepang ini. Masih ada latihan perlumbaan sekarang. Banyak juga gerai-gerai pameran disediakan di sini. MotoGP merupakan antara perlumbaan kenderaan 2 roda yang popular.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.