Rabu, 9 Ogos 2017

Taklimat Khas 2017

Kuala Lipis, 09/08/2017 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Kem Bina Negara (KBN) Lipis yang terletak di Kilometer 6.5 Jalan Kuala Lipis - Padang Tengku. Saya dan rakan-rakan sedang berada di dalam bas yang bergerak dari Pahang ke Selangor ketika ini. Bas dua tingkat yang saya naiki telah meninggalkan KBN pada jam 2:10 petang. Saya dan guru-guru lain telah berada di KBN selama 3 hari 2 malam untuk taklimat khas. Kami datang dari Kajang ke Kuala Lipis dengan menaiki tiga buah bas. 

Semasa bertolak dari Kajang, saya sudah sampai ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) beberapa minit sebelum jam 8:00 pagi dan meletakkan kereta di tempat letak kenderaan. Tiga buah bas siap sedia menunggu kami di perkarangan Tesco Extra Kajang yang terletak berhampiran dengan PPDHL. Saya menaiki bas dua tingkat dan duduk di tingkat atas. Dua buah bas lagi ialah bas setingkat.

Jam 9:40 pagi, tiga buah bas bergerak bersama-sama meninggalkan PPDHL. Bas dua tingkat yang kami naiki meronda sekitar Lembah Klang terlebih dulu. Kami bergerak melalui Plaza Tol Batu 11 (Lebuhraya Cheras-Kajang) E7, Lebuhraya Sungai Besi (E9), Plaza Tol Awan Besar Barat (Lebuhraya Shah Alam) E5, Plaza Tol Petaling Jaya (Lebuhraya Damansara-Puchong) E11, Lebuhraya Sprint (E23), Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Jalan Duta (Lebuhraya Utara Selatan) E1, Plaza Tol Sentul Pasar (Lebuhraya Duta-Ulu Klang) E33 serta Plaza Tol Gombak (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) E8. Kami berhenti makan tengah hari di Kawasan Rehat Genting Sempah dan masuk ke simpang Bentong selepas melalui Plaza Tol Bentong (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) E8. Perjalanan diteruskan melalui Raub dan Kuala Lipis. Jam 2:40 petang, kami sampai ke dalam kawasan KBN di Kem B.

Saya ditempatkan di Asrama blok Kumbang bersama guru-guru yang lelaki. Ia merupakan sebuah blok asrama yang mempunyai bangunan dua tingkat dengan katil dua tingkat dan almari. Surau terletak di blok Kunang-kunang. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam disediakan di dewan makan. Peralatan makan dan minum, kami basuh sendiri selepas digunakan. Taklimat khas diadakan pada 7, 8 dan 9 Ogos 2017 di Dewan Putra 1Malaysia. Ramai pegawai daripada peringkat negeri dan daerah turut hadir.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.