Sabtu, 22 Julai 2017

Naik Tren MRT Julai 2017

Cheras, 22/07/2017 - Saya telah memandu kereta ditemani oleh anak ketiga saya melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) kerana ada sedikit urusan berkenaan Kad Touch 'n Go. Kami berdua menaiki tren MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa di Stesen Taman Suntex selepas meletak kereta di tempat kenderaan berbayar. Tambang MRT separuh harga masih berkuatkuasa hari ini. Saya menggunakan Kad Touch 'n Go dan mendapat 50 peratus diskaun tambang MRT. Semua pengguna tren MRT menikmati tambang separuh harga bermula 18/07/2017 sehingga 31/08/2017. 

Anak ketiga saya tidak dikenakan tambang MRT. Isteri saya dan dua orang anak lagi tidak dapat menyertai kami kerana mereka ada program sekolah hari ini. Kami menaiki tren MRT dari Stesen Suntex dan turun di Stesen Mutiara Damansara (RM1.70). Kami berdua berjalan kaki melalui jejantas yang disediakan untuk sampai ke The Curve, Mutiara Damansara.

Saya dan anak ketiga saya kembali ke stesen MRT. Kami menaiki tren dari Stesen Mutiara Damansara dan turun di Stesen Bukit Bintang (RM1.65). Kami berdua makan shawarma ayam (RM6.00) dan kembali ke stesen MRT. Naik tren dari Stesen Bukit Bintang dan turun di Stesen Taman Suntex (RM1.55). Kami mendapatkan kereta dan saya memandu keluar dari stesen MRT menggunakan Kad Touch 'n Go (RM4.30) serta bertolak pulang ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.