Sabtu, 1 Julai 2017

Majlis Perkahwinan Azie dan Amin

Tangkak, 01/07/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah menghadiri majlis akad nikah Azie dan Amin di Surau an-Nur Islam, Kampung Sagil Parit 1, Ledang, Johor. Kami juga menghadiri majlis perkahwinan mereka berdua di rumah pihak pengantin perempuan yang terletak di Jalan Jaafar, Kampung Sagil Parit 1. Saya memandu Proton Exora.

Amin merupakan anak saudara kepada isteri saya. Arwah bapa Amin ialah abang kepada isteri saya. Sebenarnya kami sekeluarga telah berada di rumah emak mentua saya sejak malam semalam lagi di Jasin, Melaka. Sebahagian adik-beradik dan saudara-mara di sebelah isteri saya berkumpul di sini sebelum bertolak ke Tangkak, Johor. Sebahagian lagi bertolak dari rumah masing-masing.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami serta saudara-mara sempat singgah berehat di homestay yang disewa oleh pihak pengantin lelaki. Juga singgah solat di Masjid Jamek Kampung Sagil Parit 2 yang juga dikenali sebagai Masjid Dato' Haji Abdul Ghani Othman. Dari Johor ke Melaka saya memandu kenderaan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E2) melalui Plaza Tol Tangkak dan keluar di Plaza Tol Ayer Keroh (RM3.80). Saya meneruskan pemanduan di Lebuh SPA (Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh). Kami menziarahi cikgu Badrol Hisham yang baru bersara sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Melaka. Kami pergi ke rumahnya yang terletak di Taman Bertam Setia dan dia tinggal bersama isteri serta dua orang anak lelaki mereka. Dari Melaka ke Negeri Sembilan saya memandu di Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin) dan masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E2) melalui Plaza Tol Simpang Ampat serta keluar di Plaza Tol Senawang (RM5.60). Kami singgah solat di Surau al-Ikhlas, Taman Bourgainvillea, Jalan Paroi - Senawang dan makan malam di Restoran Kemangi, Jalan Kuala Pilah. Dari Negeri Sembilan ke Selangor saya memandu di Lebuhraya Kajang-Seremban (E21) melalui Plaza Tol Ampangan (RM2.30). Kemudian masuk pula melalui Plaza Tol Setul dan keluar di Plaza Tol Kajang Selatan (RM6.00). Kami pulang ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.