Selasa, 14 Februari 2017

Rahsia Ceramah Memukau 1.0 (2017)

Bandar Baru Bangi, 14/02/2017 - Saya telah sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda (SMKDABB) sebelum program bermula pagi tadi. SMKDABB terletak di Jalan Maktab, Sungai Merab, Sepang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Perjalanan dari rumah pergi ke SMKDABB saya memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Pintasan Kajang-Semenyih untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Pintasan Kajang-Semenyih bersambung dengan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Keluar dari LEKAS ke Jalan Semenyih, masuk ke Jalan Bandar Teknologi, lalu pula di kawasan perkilangan serta perumahan dan melalui Jalan Kajang Villa ke Jalan Reko yang bersambung dengan Jalan Bangi. Saya memandu di hadapan pintu utama Universiti Kebangsaan Malaysia dan membelok ke Persiaran Universiti. Masuk ke Persiaran Pekeliling, Persiaran Kemajuan, lalu lagi di kawasan perkilangan, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya serta Jalan Maktab. Akhirnya saya selamat sampai ke SMKDABB. Perjalanan pulang ke rumah pada waktu petang juga saya memandu di jalan raya yang sama.

Saya telah menghadiri Kursus Jurulatih Utama Sektor Pendidikan Islam (SPI) Tahun 2017 yang bertajuk Rahsia Ceramah Memukau 1.0 di Dewan Perdana SMKDABB. Kursus ini melibatkan Guru-guru Pendidikan Islam/ Guru-guru Bahasa Arab (guru-guru sekolah rendah dan menengah) sekitar Selangor, Pegawai-pegawai Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah sekitar Selangor serta Pegawai-pegawai SPI, Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) kerana kursus ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, SPI, JPS.

Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Faizul Ikhwan, Pengasas Akademi Success Touch dari pagi hingga ke petang. Antara yang menarik ialah berkenaan dengan konsep VAK (Visual, Auditory & Kinesthetic), teknologi RTT (Real Time Talk), kaedah KICK (Keadaan, Implikasi, Cadangan & Keuntungan), penggunaan CASE (Case Study, Analogy, Story & Experience) dan teknik Kata Pikat (Punchline). Kata Pikat ialah bahagian yang melucukan.

Gandakan kemahiran ceramah dan persembahan anda. Kursus ini amat sesuai untuk para penceramah, motivator, jurulatih, fasilitator, ejen jualan, pendidik dan ramai lagi. Gunakan Microsoft Office PowerPoint dengan cara yang betul ketika membuat pembentangan atau persembahan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.