Rabu, 1 Februari 2017

Kelebihan Air Zamzam

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan disembuhkan segala penyakit dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Penyayang.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Air zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Apabila kamu meminumnya untuk ubat, Allah menyembuhkanmu. Apabila kamu meminumnya untuk berasa kenyang, Allah mengenyangkanmu. Apabila kamu meminumnya untuk menghilangkan dahaga, Allah menghilangkannya. Air zamzam adalah galian Jibril dan curahan minum daripada Allah kepada Ismail a.s. (Riwayat ad-Daruqutni dan al-Hakim).

Air zamzam ialah air dari telaga zamzam. Air zamzam bukanlah air yang asing bagi umat Islam. Air ini mempunyai keutamaan yang sangat banyak. Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan kegunaan air tersebut. Baginda bersabda: Maksudnya: Sebaik-baik air yang ada di muka bumi adalah zamzam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit. (Hadis Hasan. Lihat Sahih Targhib wa Tarhib, al-Albani, 2/18).

Makna perkataan zamzam menurut kamus berbahasa Arab al-Ma'aniy ialah nama sebuah telaga yang diberkati dan terkenal. Katanya, dinamakan zamzam kerana banyak (melimpah) airnya. Ia juga dinamakan zamzam kerana ketika air zamzam terpancar, Hajar (ibu Nabi Ismail a.s. dan isteri Nabi Ibrahim a.s.) segera mengumpulkannya atau diambil daripada galian malaikat Jibril dan perkataannya ketika ia berkata kepada Hajar.

Telaga zamzam terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia sedalam 30 meter dan kedalaman airnya 3.32 meter sahaja serta terdapat beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Air zamzam tidak akan habis walaupun diambil dan dibawa keluar oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga (sumur) air zamzam tetap berair. Air zamzam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zamzam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman seperti ia sudah mengandungi ubat. Kandungan garam kalsium dan garam magnesium sedikit lebih banyak pada air zamzam jika dibandingkankan dengan air telaga lain di Mekah. Mungkin sebab itulah air zamzam dapat menyegarkan jemaah haji dan umrah yang keletihan. Komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil dan sama sejak terbentuknya telaga ini.

Rasulullah s.a.w. pernah mengambil air zamzam menggunakan sebuah kendi dan bekas daripada kulit. Kemudian Baginda membawanya kembali ke Madinah dan air zamzam itu digunakan untuk memercikkan kepada orang sakit serta disuruh meminumnya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.