Ahad, 1 Januari 2017

Karnival Geng Masjid di Masjid al-Mustaqim 2017

Bangi, 01/01/2017 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Karnival Geng Masjid di Masjid al-Mustaqim (Masjid Bandar Seri Putra), Bangi, Selangor.

Jarak perjalanan pergi dari rumah kami ke masjid tersebut ialah sejauh kira-kira 28 kilometer sahaja. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kami masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Utara Selatan (E2). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). Di E2 masuk ke Plaza Tol Kajang dan keluar di Plaza Tol Putra Mahkota (RM2.10). Selepas itu melalui Persiaran Seri Putra 1, Jalan Seri Putra 2/1 dan akhirnya sampai ke kawasan masjid.

Pertandingan azan sedang diadakan di pentas utama. Tidak lama kemudian, azan Zohor berkumandang dan kami solat berjemaah di sini. Banyak gerai dan khemah jualan disediakan. Anak-anak kami menyertai aktiviti memanah, pelbagai permainan dan sebagainya. Kami juga sempat makan dan minum di dalam kawasan masjid ini. Pasukan Bomba dan Penyelamat membuat penerangan di pentas utama. Mereka turut membuat pertunjukan cara menyekat gas bocor daripada slinder gas yang sedang terbakar di perkarangan masjid. Kami singgah lagi ke beberapa buah gerai dan kemudian bertolak pulang ke rumah mengikut jalan raya yang lain.

Jarak perjalanan pulang dari masjid ke rumah kami ialah sejauh kira-kira 23.5 kilometer sahaja. Saya memandu kenderaan di Jalan Seri Putra 2/1, Persiaran Seri Putra 1, Jalan berhampiran stesen Petronas Bandar Seri Putra, Bangi Avenue dan masuk ke Jalan Bangi. Lalu di hadapan pintu utama Agensi Nuklear Malaysia dan pintu utama Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya meneruskan pemanduan di Jalan Reko melalui Pekan Kajang, Jalan Cheras, Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan. Akhirnya kami selamat sampai ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.