Jumaat, 7 Oktober 2016

Kursus Pemantapan DIAN Oktober 2016

Pulau Pangkor, 07/10/2016 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Pangkor Holiday Resort, Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Perak. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) untuk menghadiri Kursus Pemantapan Daulatkan Islam Agama Negara (DIAN) Oktober 2016.

Kursus dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) diadakan pada 5, 6 dan 7 Oktober 2016 di Dewan Teratai yang melibatkan 166 orang peserta. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam di dewan makan. Solat Subuh berjemaah dan tazkirah diadakan di Dewan Bogak. Nombor bilik penginapan saya ialah 609. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk menghadiri kursus yang melibatkan kakitangan PPDHL, kakitangan sekolah, Guru-guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru-guru Data (Maklumat) dan guru-guru lain yang beragama Islam dari daerah Hulu Langat, negeri Selangor.

Hari pertama saya datang ke sini ialah pada hari Rabu, 5 Oktober 2016 dengan menaiki bas. Empat buah bas disediakan untuk kami. Kira-kira jam 9:15 pagi, empat buah bas berkenaan mula bergerak meninggalkan PPDHL. Kami menaiki feri di Jeti Marina Island dan turun di Jeti Pangkor Island untuk ke Pulau Pangkor. Hari terakhir ketika kami pulang juga melalui jeti yang sama. Bas yang dinaiki singgah ke kedai Hasil Laut Jamilah di Lumut. Bas yang saya naiki merupakan bas pertama sampai ke PPDHL kira-kira jam 10:15 malam.

IKSIM ditubuhkan untuk menunaikan hasrat dan inspirasi umat Islam bagi mewujudkan sebuah institut pemikiran yang bebas khususnya dalam agenda DIAN. Ia merupakan sebuah badan yang bernaung di bawah Majlis Raja-raja serta bebas daripada pengaruh politik kepartian.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Pemahaman terhadap konsep Islam sebagai agama negara mesti dipupuk dan diterapkan dalam diri setiap warganegara Malaysia.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.