Ahad, 10 Julai 2016

Cuti Sekolah Sempena Ramadhan dan Syawwal 1437

Selangor, 10/07/2016 - Ahad, 5 Syawwal 1437, saya, isteri dan tiga orang anak kami berada di rumah kami yang terletak di Kajang. Pagi hingga tengah hari tadi, saya telah pergi seorang diri ke Mydin Mall di Semenyih. Sebelah petang, kami lima beranak pergi ke kedai dobi, cucian layan diri (CleanPro Express) berhampiran dengan kawasan perumahan kami. Pakaian yang dibasuh di rumah dikeringkan di kedai dobi berkenaan. Kemudian, kami berlima pergi ke Prima Saujana sebelum pulang ke rumah.

Pahang, 09/07/2016 - Sabtu, 4 Syawwal 1437, emak saya dan kami enam orang adik-beradik berserta 5 buah keluarga bertolak dari Kuala Lipis ke Jerantut dengan 6 buah kenderaan. Saya mengetuai rombongan dan menjadi jurucakap untuk majlis merisik serta bertunang adik lelaki saya yang bongsu (anak keenam). Selepas itu, kami dengan 4 buah kenderaan pergi pula menziarahi ayah saudara (abang kepada emak saya) di Felda Jengka 14. Saya, isteri dan tiga orang anak kami yang manaiki Proton Exora berpisah dengan kenderaan lain dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (E8) melalui Plaza Tol Chenor menuju pulang ke rumah di Kajang.

Melaka, 08/07/2016 - Jumaat, 3 Syawwal 1437, saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak ke Pahang pada waktu pagi. Saya memandu kenderaan menempuh perjalanan di 3 buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Kami bertolak dari Jasin melalui Selandar, Batang Melaka, Gemencheh, Rompin, Bahau, Bandar Seri Jempol, Bera, Temerloh, Kuala Krau, Jerantut dan sampai ke Kuala Lipis.

Melaka, 07/07/2016 - Khamis, 2 Syawwal 1437, kami sekeluarga dan beberapa buah keluarga daripada anak-anak emak mentua saya pergi ke Segamat (Johor) serta Muar (Johor). Kemudian, kami kembali ke Jasin.

Pahang, 06/07/2016 - Rabu, 1 Syawwal 1437, kami sekeluarga dan beberapa buah keluarga adik-beradik serta emak saya solat sunat A'idil Fitri terlebih dahulu sebelum kembali ke rumah emak. Selepas itu, kami berhari raya ke rumah saudara-mara di sekitar daerah Lipis. Tengah hari, saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak pulang ke rumah di Kajang (Selangor). Petang, kami betolak pula ke rumah emak mentua saya di Jasin (Melaka).

Pahang, 05/07/2016 - Selasa, 30 Ramadhan 1437, kami sekeluarga dapat bersahur di rumah emak saya dan berbuka puasa untuk hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini.

Selangor, 04/07/2016 - Isnin, 29 Ramadhan 1437, kami sekeluarga bertolak dari rumah di Kajang pada waktu pagi untuk pulang ke rumah emak saya di Kuala Lipis (Pahang). Kami singgah ke bandar dulu membeli barang keperluan. Di rumah emak, kami berbuka puasa dengannya dan beberapa orang adik-beradik yang lain bersama keluarga. Malam terakhir untuk solat sunat Tarawih.

Selangor, 03/07/2016 - Ahad, 28 Ramadhan 1437, kami sekeluarga berada di rumah kami dan di sekitar Kajang sahaja untuk menghidupkan akhir bulan Ramadhan tahun ini.

Selangor, 02/07/2016 - Sabtu, 27 Ramadhan 1437, kami sekeluarga berada di rumah kami dan di sekitar Kajang sahaja untuk menghidupkan akhir bulan Ramadhan tahun ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.