Rabu, 9 Februari 2011

Jordan, Arab Saudi, Syria, Mesir dan Palestin

Pada tahun 1993, saya dan rakan-rakan daripada kumpulan pelajar Yayasan Pahang menaiki pesawat Royal Jordanian dari Malaysia ke Jordan. Kami ditempatkan ke beberapa buah universiti di Jordan kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Ketika berada di Jordan selama kira-kira lima tahun, saya sempat pergi melawat ke beberapa buah negara Arab.

Saya telah pergi dua kali ke Arab Saudi bersama kumpulan pelajar Malaysia kerana menunaikan umrah. Pergi menaiki bas ke Arab Saudi yang terletak di selatan Jordan.

Saya dan beberapa orang rakan juga telah masuk ke Syria melalui udara dan mendarat di lapangan terbang negara tersebut. Malangnya kami tidak dibenarkan keluar dari lapangan terbang kecuali berpatah balik ke Jordan. Syria terletak di utara Jordan.

Mesir yang terletak di benua Afrika juga telah saya kunjungi bersama beberapa orang rakan dengan menaiki pesawat. Pelajar-pelajar Malaysia di sana bertindak sebagai pemandu pelancong kami.

Negara yang terletak di barat Jordan ialah Palestin. Saya dan beberapa orang rakan juga sempat menziarahi Palestin. Pergi ke sana dengan menaiki bas. Cuma bas dari Jordan tidak dibenarkan masuk dan kami terpaksa berpindah menaiki bas yang lain masuk ke Palestin.

Pada tahun 1998, saya telah kembali ke Malaysia kerana berjaya menamatkan pengajian di Jordan. Catatan kali ini merupakan antara pengalaman suka dan duka saya ketika berada di luar negara.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam